Kelayakan Piala Asia: AFC Tunda Sekali Lagi Perlawanan Di Pyongyang

Image result for north korea vs malaysia

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini dimaklumkan oleh FAM bahawa Kementerian Luar Negeri Malaysia telah mengeluarkan larangan untuk rakyat Malaysia ke Korea Utara berkuatkuasa hari ini.

Oleh itu AFC telah mengambil keputusan menangguhkan sekali lagi perlawanan kelayakan Piala Asia antara Korea Utara dan Malaysia yang dijaduualkan berlangsung pada 5 Oktober ini.




Difahamkan bahawa Keputusan ini dibuat berikutan ketegangan memuncak di Semenanjung Korea berhubung ujian peluru berpandu (Korea Utara).

“Larangan akan dikaji semula apabila keadaan kembali normal,” kata kementerian dalam satu kenyataan.