United Mengganas di Moscow, PSG tewaskan Bayern di Paris

Martial stepped up to take the penalty - fresh from recently scoring from 12 yards against Everton earlier this month 

MOSCOW 28 Sept. – Romelu Lukaku dan Anthony Martial memainkan watak penting ketika membantu Manchester United menang 4-1 ke atas CSKA Moscow untuk meneruskan penguasaan dalam Kumpulan A saingan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Dalam perlawanan di VEB Arena itu, Lukaku meledak dua gol untuk mengumpul 10 gol daripada sembilan perlawanan bersama The Red Devils.

Martial membantu Lukaku meledak dua jaringan selain berjaya menyempurnakan sepakan penalti sebelum Henrikh Mkhitaryan melengkapkan kemenangan bergaya United dalam perlawanan itu.




Kejayaan menang di tempat lawanan adalah yang pertama buat United dalam kejohanan elit Eropah itu sejak November 2013.

“Kami beraksi dengan baik dan berjaya mengejutkan mereka.

“Prestasi yang ditunjukkan kami membuatkan mereka nampak tidak cukup bagus.

“Lukaku adalah pemain yang bagus dan mampu menjaringkan banyak gol selain dikelilingi pemain berkualiti,” kata Jose Mourinho.

Sementara itu Edinson Cavani dan Neymar membuktikan kecemerlangan mereka dengan membantu Paris Saint-Germain (PSG) menewaskan Bayern Munich 3-0 dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.





Bayern Munich's German goalkeeper Sven Ulreich reacts to PSG taking advantage of a blistering start to the evening

PSG memulakan aksi cemerlang dengan meledak gol sejurus 90 saat perlawanan bermula dalam aksi di Parc des Princes menerusi Dani Alves.

Setengah jam kemudian Cavani meletakkan nama selaku penjaring gol sebelum Neymar melengkapkan kemenangan 3-0 pada babak kedua.

Kekalahan itu merupakan yang terbesar bauat Bayern selepas kali terakhir tewas dengan jumlah jaringan sama kepada Barcelon pada Mei 2015.

Kejayaan itu menyaksikan PSG kini berada di kedudukan teratas Kumpulan B dengan enam mata selepas dua perlawanan.