Dimalukan PSG, Bayern Munich Pecat Ancelotti

Image result for CARLO Ancelotti

CARLO Ancelotti dipecat selepas Bayern Munich dimalukan 3-0 oleh Paris Saint-Germain pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi Khamis.

Kelab gergasi Jerman itu tidak dapat menerima kekalahan yang dialaminya dalam aksi Liga Juara-Juara itu.

Lebih menimbulkan kontroversi kekalahan ini selepas Ancelotti menyimpan pemain-pemain seniornya Mats Hummels, Arjen Robben dan Franck Ribery dibangku simpanan.




Dalam kenyataan rasmi kelab, Bayern mendedahkan bahawa mereka telah ‘berpisah’ dengan pengurus berusia 58 tahun itu.

Pembantu jurulatih, Willy Sagnol bakal mengambil alih tugas Ancelotti untuk sementara waktu.

Ancelotti dijangka dilantik sebagai jurulatih sebuah kelab Liga Perdana Inggeris selepas di pecat Bayern Munich.

Khabar angin mengenai Ancelotti akan dilantik sebagai pengendali West Ham itu tersebar apabila kelab berkenaan turut mengeluarkan kenyataan ingin mendapatkan jurulatih baru.





Ia bagi menggantikan, Slaven Bilic yang akan dipecat pada bila-bila masa sahaja selepas aksi tidak menentu kelab berkenaan.

Bagaimanapun, Rafael Benitez antara nama yang disebut akan ke kelab berkenaan sekiranya persetujuan dicapai.

West Ham kini menghuni kedudukan tercorot dan bakal tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris jika kedudukan itu kekal ke akhir musim.

Oleh perubahan awal dijangka mampu menyelamatkan kedudukan kelab berkenaan.