Buru Anugerah Kasut Emas Ketiga, Kane Setanding Shearer

Image result for harry kane shearer

Selepas meledak hatrik berdepan APOEL Nicosia dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), Rabu lalu, Harry Kane sudah mula dibandingkan dengan prestasi pencapaian gol Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Kini, penyerang Tottenham itu dilihat sebagai pemain yang mantap apabila berjaya merakamkan 37 gol dalam 32 perlawanan untuk kelab dan negara pada 2017.

Ketika saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) mula diperkenalkan 25 tahun lalu, segala tumpuan diberikan kepada pemain termahal ketika itu, Alan Shearer.




Pendatang baru, Blackburn melaburkan GBP3.5 juta (RM19.8 juta) untuk menandatangani penyerang itu dari Southampton dan dia telah membuktikan kebolehannya dengan menjaringkan gol demi gol. Saingan EPL tidak akan lengkap tanpa aksi istimewa daripada Shearer.

Sejak itu, England dan EPL memiliki penyerang-penyerang berkualiti dan Kane memiliki persamaan dengan legenda itu. Penyerang Spurs itu pada mulanya tidak ditakdirkan dengan sentuhan emas apabila dipinjamkan ke Leyton Orient, Millwall, Norwich dan Leicester sebelum mula memberikan impak pada musim 2014-15 di White Hart Lane.





Kane telah memenangi kasut emas buat dua musim berturut-turut, dan jika memenanginya sekali lagi, dia akan menyamai rekod yang dilakukan Shearer pada 1994 sehingga 1997.

Kehadirannya menjadi pembakar semangat Spurs untuk dilihat sebagai pencabar gelaran liga dan harapan untuk England beraksi dalam Piala Dunia Russia 2018 nanti.

Pada usia 24 tahun, Kane telah meledak 82 gol dalam 122 penampilan, satu gol lebih pantas daripada Ruud van Nistelrooy dan enam gol lebih daripada Serrgio Aguero dan mereka merupakan antara dua penyerang terbaik beraksi dalam EPL.