Skuad Azzurri Tukar Logo Baru

Logo lama dan baru

ROM 3 Sept. – Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) memperkenalkan logo baharu mereka yang memiliki empat bintang yang mewakili kejuaraan Piala Dunia yang pernah diraih negara itu.

The Azzurri kini berada di belakang Brazil yang memiliki lima kejuaraan selepas muncul juara pada 1934, 1938, 1982 dan 2006.

“Identiti baharu FIGC melengkapkan proses pembaharuan yang bermula tiga tahun lalu, kami memandang ke hadapan dengan menghargai sejarah kami.




LORENZO INSIGNE mengenakan pakaian latihan yang mempamerkan logo

“Logo baharu ini lebih memberi tumpuan kepada empat bintang kejuaraan dunia kerana ia melambangkan kebanggaan seluruh negara,” kata presiden FIGC Carlo Tavecchio.

Logo berkenaan turut mempamerkan perkataan Italia dan menampilkan reka bentuk lebih moden berbanding lambang yang diperkenalkan selepas kejayaan Piala Dunia 2006.-AFP