Kavishkumar Ditawar Jalani Ujian Di Liga Jepun

Image result for M. Kavishkumar victoria

Status sebagai pemain amatur tidak menjadi penghalang buat M. Kavishkumar untuk menjalani ujian pemilihan selama sebulan bersama beberapa kelab Liga Jepun (Liga-J).

Pemain kelahiran Kuala Lumpur itu hanya berbekalkan pengalaman beraksi bersama skuad Piala Belia MISC-MIFA, tahun lalu.

Ini merupakan ujian pemilihan kedua Kavishkumar di Jepun selepas ujian pertama, Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun, Kavishkumar tetap bersikap positif sungguhpun tiada pengalaman dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).




Kavishkumar kini hanya beraksi untuk kelab bola sepak Victoria Institution dalam saingan Liga Perdana Kuala Lumpur.

“Ini masa depan dan memang impian saya dari kecil.

“Peringkat antarabangsa adalah pentas yang besar tetapi saya mahu mengambil risiko itu dan menghadapinya, ia menjadi dorongan buat saya.

“Di mana-mana pun permainan bola sepak tetap sama. Cuma di Jepun, tahapnya lebih tinggi daripada kita.

Gamba Osaka juga dikatakan pernah memberikan peluang buat Kavishkumar pada tahun lalu untuk mencuba nasib bersama skuad B-23 tahun mereka yang sedang bermain di divisyen 3 Jepun, J3 League.

Kini, Gamba Osaka sekali lagi menjemput Kavishkumar untuk diuji dalam tempoh sebulan bermula pada 5 Oktober depan. Selain kelab yang beraksi di Liga Juara-Juara Asia (ACL) itu, Kavishkumar juga diberitakan akan diuji oleh kelab J3 League, Fujieda MYFC.





“Mereka masih bermain bola sepak. Saya perlu cuba menyesuaikan diri dan berharap mampu menempatkan diri kali ini,” kata pemain berumur 20 tahun itu.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Victoria itu mendapat peluang menjalani ujian pemilihan di Jepun selepas bakatnya dikesan seorang pencari bakat Liga-J ketika menyertai Kejohanan Kemahiran Dunia Manchester United pada 2014.

Pencari bakat yang bernama Asaba-san dikatakan telah berminat kepada Kavishkumar sejak melihat aksinya ketika dia berada di Manchester United Soccer School pada tahun 2014. Sejak dari itu, Asaba-san telah mengikuti rapat perkembangan pemain berusia 20 tahun ini.

Kavishkumar, yang beraksi di bahagian serangan akan ke Jepun dengan perbelanjaan sendiri, namun bapanya, A. Manimaharan, yang bekerja sebagai pemandu di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), memberi sokongan penuh kepadanya.

“Kalau dia memang minat bola sepak, terpaksalah saya keluarkan duit sendiri.

“Saya tidak kisah, janji apa yang dia buat ada hasil,” kata bapanya. – stadiumastro