Saya perlu bersaing untuk mendapat tempat – Victor Lindelof

Image result for Victor Lindelof mourinho

Victor Lindelof yang bernilai £31m tiba di Old Trafford dari Benefica dengan reputasi besar tetapi hanya baru membuat empat penampilan sahaja.

Lindelof yang menandatangai kontrak selama 4 tahun bersama United akhirnya memberanikan diri untuk ‘buka mulut’ bagi menerangkan situasi yang dialami selepas tidak dibenarkan beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).




Bagaimanapun terbaru pertahanan Sweden itu mengakui tidak wujud sebarang perselisihan faham antara dia dengan Jose Mourinho sehingga tidak dapat beraksi untuk EPL.

“Ini antara saya dengan dia. Kami telah berbincang dengan baik tentang hal ini. Tiada apa-apa tekanan.

“Saya berada di sebuah kelab terbaik dunia, ia jelas. Kami perlu bersaing untuk mendapat tempat dan semestinya saya masih punyai masa,” katanya.





Sementara itu, Mourinho berkata, Lindelof tidak diberi tekanan untuk membuat penampilan di EPL.

“Dia bermain di posisi yang terlalu spesifik dan saya telah beritahu bahawa dia perlukan masa.

“Oleh itu dia akan diberikan masa dan peluang untuk menjadi yang terbaik. Tiada tekanan untuknya,” ujar Mourinho.