Andres Iniesta Sambung Kontrak Sehingga Bersara

FC Barcelona's Andres Iniesta (R) and FC Barcelona's president Josep Maria Bartomeu.

Akhirnya Andres Iniesta menamatkan spekulasi meninggalkan Barcelona.

Kapten Barcelona itu bersetuju menyambung kontrak sepanjang hidupnya bersama Barcelona pada Jumaat.




Iniesta,33, telah berada di Barcelona sejak berusia 12 tahun dan membuat penampilan profesionalnya pada 2012.

“Barcelona dan Andres Iniesta mencapai persetujuan untuk menyambung kontrak bersama,” jelas Barcelona dalam satu kenyataan.

Dia berada di kedudukan kedua dalam rekod penampilan terbanyak di Barcelona di belakang Xavi Hernandez yang merekodkan 633 perlawanan dan 54 gol.





Kontrak asal pemain tengah Sepanyol itu akan berakhir pada 2018 Jun depan.

Sebelum ini media Sepanyol El Pais melaporkan pada Ogos lalu bahawa Iniesta akan meninggalkan kelab selepas kontrak tamat. – mStar