VIDEO Penjaga gol Indonesia meninggal dunia ketika beraksi di padang

PASUKAN perubatan mengusung keluar Choirul Huda selepas berlanggar dengan rakan sepasukannya ketika

Jakarta 6 Okt. – Penjaga gol Indonesia, Choirul Huda meninggal dunia dalam padang selepas berlanggar dengan rakan pasukannya.

Ketika kejadian Choirul beraksi untuk pasukan Persela, Jawa Timur menentang pasukan Semen Padang di Stadium Surajaya, Lamongan.

Ketika berusaha untuk menyelamatkan gawangnya, Choirul telah bertembung dengan rakan sepasukan Ramon Rodrigues.



Rakaman video menunjukkan bapa kepada dua anak itu memegang dadanya dalam kesakitan selepas pertembungan itu dan dikejarkan ke hospital, namun doktor berkata, pernafasannya terhenti akibat serangan jantung.

“Dia menerima rawatan kecemasan beberapa minit di hospital, namun tidak dapat diselamatkan. Dia meninggal dunia pukul 5 petang semalam,” kata pembantu jurulaatih, Yuhronur Efendi.




“Choirul Huda mengalami trauma akibat pelanggaran itu yang menyebabkan pernafasannya terhenti dan mengalami serangan jantung,” kata doktor dari hospital Lamongan, Dr. Yudistiro Andri Nugroho.

Nugroho berkata, Choirul kemungkinan mengalami trauma di leher dan kepala kesan pelanggaran di dada dan bahagian bawah dagunya selepas terkena hentalan kuat daripada kaki rakan sepasukannya ketika dia merebahkan badan untuk menyelamatkan golnya. – AFP