Newcastle United Cari Pemilik Baru

Image result for MIKE Ashley newcastle

MIKE Ashley sedia menjual Newcastle United kepada pihak berminat demi masa depan kelab berkenaan.

Pemilik kelab itu mendedahkan hasratnya untuk menjual Newcastle selepas khabar angin mengenainya bertiup kencang sebelum ini.

Jelasnya, Newcastle perlukan kuasa untuk lebih berjaya pada masa depan dan berikutan itu ia lebih baik berada di bawah pemilik lain.





Dengan tindakan tersebut juga, Ashley dilapor dapat memulihkan syarikat miliknya, Sports Direct yang dibenci kerana Newcastle.

Penyokong membenci Sports Direct kerana mendakwa Ashley tidak membuat pelaburan dan tidak menguruskan kelab dengan baik.

Ashley membeli Newcastle pada 2008 sebelum kelab berkenaan tergelicir dari Liga Perdana Inggeris.