Pochettino Mahu Kane Jadikan Totti Sebagai Inspirasi
MADRID 17 Okt. – Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino berharap perpisahan penuh beremosi Francisco Totti selepas 24 tahun bersama Roma menjadi sumber inspirasi kepada Harry Kane untuk terus kekal di kelabnya.
Menjelang pertemuan menentang Real Madrid dalam aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara, Kane dikaitkan bakal berpindah ke juara Eropah itu selepas mempamerkan aksi cemerlang apabila meledak 43 gol untuk kelab dan negaranya.
“Apa yang penting dia gembira di Tottenham dan tahu dia akan ke masa esok. Kami perlu menikmati masa bersama. Dia pemain yang bagus, bakatnya dicungkil sejak di peringkat akademi. Bagi saya, dia pemain yang bersemangat menjaringkan gol untuk Tottenham.” kata pengendali dari Argentina itu.
Dalam pada itu, bos Madrid, Zinedine Zidane enggan menafikan spekulasi itu namun turut melihat Kane yang kini merupakan penjaring terbanyak Liga Juara-Juara dengan lima gol selepas beraksi dua perlawanan sebagai pemain yang lengkap.
“Saya tidak tahu apa yang terjadi kepada masa depan Kane, namun saya boleh cakap tentangnya pada hari ini. Dia pemain utama Spurs. Secara keseluruhan dia mempunyai segala-galanya terutamanya ketika menjaringkan gol.
“Dia bukan pemain yang statik, dia sentiasa mencari ruang dan pantas. Dia pemain yang lengkap,” kata Zidane. – AFP