Marcote intai peluang di Liga Malaysia

Related image

NAMA Ramon Marcote bukan asing buat peminat-peminat bola sepak Malaysia apabila pernah me­latih dan membimbing pasukan Kedah layak ke pentas final Piala Malaysia 2015.

Ketika itu, Tan Cheng Hoe sedang mengikuti kursus kejurulatihan lanjutan Lesen A di China sekali gus memberikan laluan buat Marcote untuk memikul tanggungjawab sebagai pengendali utama.




Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi skuad bimbingan Marcote apabila tewas 0-2 kepada Selangor pada pentas final di Stadium Shah Alam.

Pada Januari 2016, Marcote mengejutkan para penyokong skuad Helang Merah apabila beliau tidak menerima tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang dianggap tidak berbaloi berdasarkan sumbangannya kepada wakil dari Utara tersebut.

Selain itu, beliau telah membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan Atletico Madrid dan menjadi jurulatih akademi kelab gergasi Sepanyol itu.

Pun begitu, Marcote tanpa berselindung mengakui benar-benar merindui atmosfera Liga Malaysia (Liga M) dan berharap dapat membuat penampilan semula dengan melatih kelab di negara ini.





Image result for Ramon Marcote

“Saya tidak terikat dengan mana-mana kelab dan sedang mengintai beberapa peluang (menjadi jurulatih). Pengalaman di Kedah masih kuat di hati. Saya boleh mengingati setiap kena­ngan ketika bersama mereka dan pengalaman itu benar-benar berharga dalam karier saya.

“Jika ada tawaran dari Malaysia, saya tidak teragak-agak untuk kembali ke sana kerana sejujurnya, suasana bola sepak Malaysia benar-benar me­ngagumkan. Saya mahu kembali ke sana jika ada peluang.

“Namun, sehingga hari ini masih tiada sebarang tawaran rasmi dan saya akan menunggu serta menilai setiap tawaran yang diberikan,” katanya yang berada di Madrid, Sepanyol ketika dihubungi semalam. – Kosmo