Mesut Ozil Mahu Ke Manchester United

Image result for mesut ozil mourinho

MESUT Ozil memberitahu rakan sepasukan Arsenal dia akan menandatangani kontrak bersama Manchester United.

Ozil, 29, bersedia mengumumkan berita mengejutkan itu dan yakin akan berhijrah ke Old Trafford.

Kontrak pemain tengah Jerman itu akan tamat pada penghujung musim ini dan boleh berhijrah bila bila masa menyertai pasukan lain.

Bos Gunners, Arsene Wenger minggu lalu secara terbuka mengakui The Gunners akhirnya akan menjual Ozil pada perpindahan Januari.





Dan disebabkan itu, Arsenal cuba mencari pembeli untuk pemain antarabangsa Jerman itu sebaik sahaja jendela perpindahan pemain dibuka kembali pada Januari ini.

Inter Milan dilaporkan berminat untuk mendapatkan Ozil.

Ozil dan Mourinho mempunyai hubungan rapat ketika bekerja sama di Bernabeu sebelum ini, dan mereka tidak pernah bersemuka di Sepanyol.

Mourinho menggambarkan Ozil sebagai pemain tengah paling kreatif di bumi ini.