Ronaldo Pemain Terbaik Fifa 2017

Image may contain: 1 person, smiling, text

CRISTIANO Ronaldo mempertahankan gelarannya sebagai pemain terbaik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) pada tahun ini.

Ia sekali gus menewaskan pencabar terdekat Lionel Messi dan Neymar untuk mendapat anugerah pemain bola sepak terbaik dunia.




Bintang Real Madrid memenangi anugerah itu dalam satu majlis di Palladium Theatre di London, mengatasi saingannya dari Barcelona dan Paris Saint-Germain di atas kecemerlangan dalam La Liga Sepanyol dan Liga Juara-Juara musim lalu.

Ronaldo menjaringkan 44 gol untuk kelabnya dan skuad kebangsaan setakat ini pada 2017.

Beliau turut menjaringkan dua gol dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada Jun lalu dengan Real Madrid sekali lagi merangkul trofi kemenangan itu.




World XI
Kesebelasan terbaik FIFA