Harry Kane Bakal Terlepas Aksi Menentang Man United

Image result for Harry Kane

LONDON 26 Okt. – Mauricio Pochettino memberi bayangan bahawa Harry Kane berkemungkinan tidak akan beraksi ketika pertemuan menentang Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris, hujung minggu ini.

Penyerang itu dikeluarkan semasa aksi menentang Liverpool selepas menjaringkan dua gol dengan Pochettino memberitahu bahawa penjaring terbanyak kelab itu sedikit kepenatan.




Kane tidak diturunkan dalam aksi Piala Liga menentang West Ham yang menyaksikan Tottenham tewas 2-3 meskipun mendahului dengan kelebihan dua gol.

Selepas kekalahan mengejut itu, Pochettino dijangka melakukan rombakan dalam kesebelasan utamanya untuk aksi di Old Trafford selepas merehatkan beberapa pemain bintang tetapi enggan mengesahkan sama ada Kane akan beraksi atau sebaliknya.

“Kami perlu menilai keseluruhan pasukan, kami terpaksa melakukan penggiliran atas pelbagai sebab,” katanya.- AGENSI