Kuala Lumpur juara Liga Perdana 2017
KUALA LUMPUR 27 Okt. – Biarpun tewas 3-1 kepada Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dalam aksi terakhir liga pada musim ini namun trofi Liga Perdana atau Liga Premier sah menjadi milik Kuala Lumpur selepas Terengganu turut tumpas kepada PKNP FC dengan jaringan yang sama.
Skuad The City Boys tumpas dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Terengganu kalah 3-1 kepada PKNP FC di Stadium Perak.

Dalam pada itu, UITM FC menumpaskan Kuantan FA 4-1 di Stadium UiTM, Shah Alam manakala MISC-MIFA menewaskan PDRM 3-0 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya. Sabah menundukkan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Likas.
ATM menewaskan Perlis 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dan kedua-dua pasukan itu bakal beraksi di Piala FAM pada musim depan selepas masing-masing menghuni dua tangga tercorot liga.