VIDEO Dua Percubaan Kedah Hanya Gegar Tiang Gol, JDT Juara Piala Malaysia 2017

Sweet victory: Johor Darul Ta’zim players celebrating after winning the Malaysia Cup for the first time at the Shah Alam Stadium last night. JDT beat Kedah 2-0 in the final. — IZZRAFIQ ALIAS / The Star

SHAH ALAM 4 Nov. – Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya berjaya memahat sejarah tersendiri apabila dinobat sebagai juara Piala Malaysia 2017 selepas menewaskan Kedah 2-0 dalam saingan akhir di Stadium Shah Alam, hari ini.

Kemenangan tersebut diraih JDT selepas tranformasi dilakukan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 2014 dan kecemerlangan di Shah Alam itu adalah kejayaan tertinggi di peringkat domestik selepas berjaya meraih Piala FA (2016) serta Piala Sumbangsih (2015 dan 2016) di bawah penjenamaan semula.



Ia juga mengubat kekecewaan JDT yang gagal meraih gelaran Piala Malaysia pada 2014 selepas tewas kepada Pahang menerusi penentuan sepakan penalti.

Dalam perlawanan tersebut JDT tidak menunggu lama untuk mendapatkan jaringan awal menerusi tandukan Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak sewaktu minit ketiga selepas memanfaatkan hantaran lintang daripada Safiq Rahim.

Image result for JDT Julang Trofi Piala Malaysia 2017




 


Gol awal tersebut seakan memberikan tekanan kepada Kedah manakala JDT dilihat lebih selesa melancarkan serangan malah dalam separuh masa pertama skuad Harimau Selatan itu berupaya melakukan tujuh percubaan dengan dua tepat ke gawang Lang Merah.

Bermula babak kedua menyaksikan Kedah hampir berjaya mendapatkan gol sewaktu minit ke-55 namun tandukkan pemain sayap kanan, Baddrol Bakhtiar sekadar terkena di palang gol JDT.

Kelekaan Lang Merah untuk mencari gol penyamaan dihukum oleh serangan balas pantas JDT yang berjaya menambah gol kedua pada minit ke-62 menerusi Gabriel Cabrera selepas mudah menolak bola hantaran baik daripada Ahmad Hazwan Bakri.

Peluang Kedah untuk merapatkan jurang jaringan sekali lagi hampa apabila kali ini sepakan Baddrol sekadar menggegar tiang gol yang dikawal oleh Mohd Izham Tarmizi Roslan pada minit ke-67.