VIDEO Kelayakan AFC B-19: Brunei Buat Malaysia Panik

Image may contain: 11 people, people smiling, people standing and outdoor

Skuad B-19 negara sekadar menundukkan Brunei 1-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan F pusingan kelayakan Kejohanan AFC 2019 yang berlangsung di Korea Selatan, sebentar tadi.

Selepas menundukkan Timor Leste 3-1 dalam perlawanan pertama, skuad kebangsaan dilihat sukar untuk menembusi keampuhan benteng pasukan lawan, yang sebelumnya sudah melepaskan banyak gol dalam dua perlawanan.

Keputusan pengendali, Bojan Hodak, untuk merehatkan beberapa tonggak utama seperti Hadi Fayyadh Abdul Razak dan Nik Akif Syahiran Nik Mat ternyata membuatkan jentera serangan Malaysia kelihatan buntu untuk mencipta jaringan.