Skuad B-19 negara layak bertanding di Kejohanan AFC 2018

HADI FAYYADH ABDUL RAZAK (jersi No. 10) meraikan jaringan bersama

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Skuad bola sepak kebangsaan berjaya menempah tiket ke Kejohanan AFC bawah 19 tahun (B-19) di Indonesia tahun depan setelah mengesahkan diri dalam kelompok kelima naib johan kumpulan terbaik dalam kempen kalayakan yang menutup tirainya malam tadi.

Skuad bimbingan Bojan Hodak yang menghuni tempat kelima dalam carta naib johan kumpulan terbaik setelah mengumpul tiga mata, sekali gus mengiringi empat pasukan lain iaitu Iraq, Thailand, Korea Utara, Taiwan yang mana mereka turut sama berada dalam carta tersebut.





Semalam, Malaysia tewas 0-3 kepada juara 12 kali yang juga tuan rumah bagi peringkat Kumpulan F, Korea Selatan di Stadium Awam Paju, di sana, dengan jaringan tiga gol dalam separuh masa pertama menerusi Um Won-sang, Kim Jung-min dan Cho Young-wook.

Malaysia muncul naib johan kumpulan selepas mengutip sembilan mata, manakala Korea Selatan, juara (12 mata), sekali gus mengiringi tuan rumah Kejohanan AFC B-19, Indonesia ke pertandingan tersebut, yang akan berlangsung pada 18 Oktober hingga 4 November 2018.- UTUSAN

vs Indonesia

vs Korea Selatan

vs Brunei

vs Timor Leste