Korea Utara mahu tambah derita Harimau Malaya

Image result for north korea coach

BURIRAM, THAILAND: Kemenangan 4-1 ke atas Malaysia malam tadi, bakal menjadi suntikan semangat tambahan buat Korea Utara untuk menghadapi satu lagi pertemuan dengan Harimau Malaya pada kempen kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, Isnin ini.

Jurulatih Korea Utara, Jorn Andersen berkata, kemenangan itu adalah penting untuk meningkatkan keyakinan diri pemainnya sebelum mengharungi perlawanan kedua berdepan Malaysia dalam saingan kelayakan Kumpulan B.

Katanya, pasukannya kini perlu melakukan proses pemulihan sebelum memberi fokus bagaimana untuk menambah derita skuad kendalian Nelo Vingada buat kali kedua.





“Kami kecewa selepas tewas kepada Lubnan dalam perlawanan sebelum ini. Tapi, malam ini (tadi) kami meraih kemenangan penting yang sudah pasti menambah keyakinan kepada pemain.

“Malaysia pasukan yang kuat, tapi pemain saya dapat menyempurnakan peluang yang ada untuk meraih kemenangan dan membuka peluang untuk melepasi saingan kelayakan Piala Asia 2019.

“Sekarang kami perlu berehat sebelum melakukan persediaan untuk menghadapi perlawanan kedua pada Isnin ini,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan, malam tadi. – Berita Harian