Evan Dimas Tolak Tawaran Chonburi FC Untuk Ke Selangor

Image result for Evan Dimas

Pemain tengah Indonesia dan Bhayangkara FC Evan Dimas Darmono dilaporkan menolak tawaran dari kelab Thailand Chonburi FC untuk menyertai kelab dari Liga Super Malaysia.



Menurut laman Goal Thailand, gaji yang ditawarkan Chonburi FC rendah daripada tawaran yang diterima oleh kelab dari Malaysia yang dianggarkan berjumlah USD 20,000 (RM83,570) sebulan.

“Kami telah sekian lama berbincang dengan Evan Dimas tetapi secara tiba-tiba kelab dari Malaysia menawarkan gaji 2 kali ganda dari apa yng kami tawarkan” ujar Jeerasak Chomthong wakil dari Chonburi FC.




Terdahulu media Indonesia melaporkan bahawa Evan Dimas akan meninggalkan kelabnya Bhayangkara FC bersama penyerang muda mereka Ilham Armaiyn untuk menyertai pasukan Selangor.

Walaupun mengakui pernah mengadakan rundingan untuk membeli Evan Dimas, Selangor FA tidak mahu memberikan komen berkaitan perkara ini.

“Kami belum membuat kata putus dan akan memutuskannya secara rasmi pada minggu hadapan” ujar Rauf Ahmad Pengurus pasukan Selangor. – Goal.com