JDT Sambar Adam Nor, Syamer Kutty

Image may contain: 1 person, standing
Facebook JST

Pemain pasukan bola sepak Bawah 22 (B-22) negara, Adam Nor Azlin dan Mohamed Syamer Kutty Abba disahkan menyertai kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Sabtu.



Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Sukan JDT, Martin Prest menerusi satu kenyataan di halaman Facebook Johor Southern Tigers pada Sabtu.

Martin berkata, pasukan itu teruja dengan penyertaan dua pemain muda baharu berkenaan.

“Beliau merupakan sebahagian pelan jangka panjang kami. Beliau memahami projek bola sepak kami.

“(Adam) seseorang yang memiliki karakter untuk melakukan yang terbaik, berkembang sebagai pemain dan mempunyai keinginan untuk memenangi kejuaraan,” kata Martin.

Image may contain: 1 person, text
Facebook JST




(Syamer Kutty) Beliau merupakan pemain yang boleh bermain 2 atau 3 posisi yang sesuai dengan gaya permainan kami.

Adam dan Syamer merupakan antara pemain yang mempamerkan aksi memberangsangkan dan membantu skuad B-22 memenangi pingat perak pada temasya Sukan Sea 2017 lalu.