De Gea Hampir Pasti Sertai Real Madrid
PENYOKONG Manchester United dari seluruh dunia dilapor terpaksa melihat perpindahan keluar pemain kesayangan mereka pada akhir musim ini selepas ia direstui pucuk pimpinan kelab.
Penjaga gol utama United, David De Gea dijangka akan meninggalkan Old Trafford untuk menyertai Real Madrid sebelum musim depan bermula.
De Gea, 27, menyertai United dari Atletico sejak 2011, namun kelab gergasi Sepanyol itu mahu membawanya pulang ke ibu negara itu.
De Gea merupakan calon kelab berkenaan dalam usaha mencari pengganti Keylor Navas, lapor Daily Mail.
Bagaimanapun, pimpinan tertinggi United tetap mahu berusaha untuk memastikan De Gea kekal di Old Trafford.