FMLLP Benarkan 5 Kuota Pemain Import Untuk Musim 2018

Kuota pemain asing liga super 2018

FMLLP mengumumkan kuota pemain asing mulai musim 2018 ditambah kepada satu slot lagi untuk pemain Asia Tenggara. Penerangan lengkap seperti dibawah ini:

Liga Super 2018 menyaksikan lima (5) kuota Pemain Asing dibenarkan dengan syarat mempunyai 30 caps antarabangsa serta disahkan oleh Persatuan Bolasepak negara terlibat. Jika kurang, perlu mendapat kelulusan daripada FMLLP.




Kuota empat (4) Pemain Asing kekal bagi saingan 100Plus Liga Premier.

Bagi saingan Piala FA dan Piala Malaysia, hanya empat (4) dari lima (5) Pemain Asing dibenarkan bermain bagi memberikan keadilan kepada pasukan 100Plus Liga Premier dan Liga FAM yang mana mereka boleh bertemu.

Sumber: FMLLP