FMLLP akan tukar sistem pemilihan ABK
PERKONGSIAN Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) bakal melakukan perubahan dalam sistem pemilihan Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK), tahun depan.
Katanya, pandangan yang dilontarkan Tunku Ismail ada kebenarannya kerana Harimau Selatan meraih kejuaraan Liga Super dan Piala Malaysia musim ini sekali gus membuktikan pemain JDT menyerlah.
“Sudah tentu akan berlaku pembaharuan dari segi pemilihan, namun berapa banyak, itu belum pasti dengan kita perlu mencari jalan terbaik. Dulu kita ingat ini adalah jalan terbaik dan tidak sepatutnya berlaku berat sebelah seperti ini.
“Apa yang dulu kita merasakan relevan atau adil, mungkin ada sedikit ketidakseimbangan. Kita akan duduk semula bagi merangka kembali sistem pemilihan,” katanya.
Menurutnya, sistem pemilihan yang diamalkan ABK 2017 adalah sama yang diguna pakai sejak FMLLP dipertanggungjawabkan menganjurkannya bermula 2015.
Jelasnya, pada peringkat awal jawatankuasa saringan terdiri daripada wakil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) dan media menyenaraikan 10 pemain bagi setiap kategori sebelum senarai akhir dipendekkan kepada tiga orang.
“Pemilihan kemudian dibuat menerusi undian yang dilakukan kapten pasukan dan jurulatih yang bersaing dalam Liga Malaysia selain pihak media,” jelasnya.