FAM tak ada duit, Saya letak RM4 juta duit saya sendiri – TMJ

Image result for tmj sidang media

“FAM tak ada duit, insentif bola sepak wanita, bawah 23 tahun, futsal, saya letak RM4 juta duit saya sendiri”

“Yang cakap saya nak jatuhkan bola sepak tanah air ini, ada awak letak satu sen dalam FAM?”



Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyelar individu dan pihak yang mengatakan baginda ingin menjatuhkan bola sepak tanah air.

TMJ berkata baginda telah meletakkan RM4 juta duit baginda sendiri untuk kegunaan FAM.

“FAM tak ada duit, insentif bola sepak wanita, bawah 23 tahun, futsal, saya letak RM4 juta duit saya sendiri”

“Yang cakap saya nak jatuhkan bola sepak tanah air ini, ada awak letak satu sen dalam FAM?”

Tunku Ismail menegaskan jika ingin menilai apa yang baginda lakukan kepada bola sepak negara, nilaikan dalam masa sepenggal pentadbirannya.

Baginda berkata beliau baru mengambil FAM dan tidak sampai kepada suku tahun tetapi sudah bermacam-macam penilaian dilakukan kepadanya.




“Jangan kerana cemburu dengan pencapaian JDT, cemburu dengan apa yang saya buat, tunggu pasukan negara kalah, pasal apa, peluang nak hentam.”

“Jangan jadi kartun, jangan jadi penakut, tak suka ‘face me’,” katanya.

Dalam sidang media tersebut, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberitahu yang baginda sedang memperjuangkan hak penyiaran untuk Liga Malaysia terutama sekali Liga Super.

Baginda memberitahu, realiti di mana-mana liga di dunia sekalipun, hak penyiaran adalah sangat penting dan ia sumber utama pendapatan liga.