Kena Cop ‘Bodoh Abadi’, Safawi Rasid Beri Penjelasan

Image result for Safawi Rasid

PETALING JAYA: Penyerang muda negara, Safawi Rasid tampil menjawab isu yang tular di laman sosial pada Rabu.



Pemain kelahiran Dungun, Terengganu yang berusia 20 tahun itu memberitahu apa yang berlaku antara dia dan anak pelakon terkenal tanah air, Ira Kaza hanyalah satu salah faham.

Penyerang kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) ini mendakwa,  seorang rakannya telah menggunakan telefon bimbitnya untuk menghantar teks WhatsApp kepada Ira.




“Kawan saya memang kawan kepada Ira. Dia yang guna telefon bimbit saya. Jadilah salah faham ‘kat’ situ.

“Kawan saya ni dah ‘call’ jelaskan pada Ira. Semua dah settle (selesai). Saya harap tidak ada lagi isu mengenai perkara ini,” jelasnya kepada mStar Online.

Safawi juga memohon maaf kepada Ira menerusi Twitternya.

Image may contain: 1 person, text
Screen shot perbualan whatsap Ira dan Safawi Rasid




Image may contain: 2 people, text

Dan permohonan maafnya itu dibalas dengan tweet ringkas ‘Okay dimaafkan’ oleh Ira.

BACA: Safawi Punyai Hak Untuk Berkawan Dengan Sesiapa Sahaja – Sweet Qismina

Tambah Safawi, dia tidak mahu memanjangkan isu ini kerana ia boleh mengganggu fokusnya dalam skuad kebangsaan.

Skuad Bawah 22 Tahun negara yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee kini sedang menjalani latihan pusat bagi persiapan Piala Asia bawah 23 Tahun di China, Januari ini. – mstar