Rusia, Arab Saudi rasmikan Piala Dunia 2018

MOSCOW 1 Dis. – Berikut adalah undian pusingan akhir Piala Dunia 2018 yang diadakan di sini, sebentar tadi.

Kempen Piala Dunia tahun depan bakal menyaksikan pemenang edisi 2010, Sepanyol diundi bersama juara Eropah, Portugal dalam Kumpulan B.



Tuan Rumah, Russia yang berada dalam Kumpulan A bersama Mesir, Uruguay dan Arab Saudi dijadualkan mengharungi aksi pembukaan menentang wakil Asia itu pada 14 Jun ini.

England pula berjaya mengelak daripada bertembung dengan tiga pasukan gergasi dunia seperti Argentina, Brazil dan Jerman sekali gus memberi kelebihan buat anak buah Southgate mencipta kejutan.

KUMPULAN A: RUSIA, ARAB SAUDI, MESIR, URUGUAY

KUMPULAN B: PORTUGAL, SEPANYOL, MAGHRIBI, IRAN

KUMPULAN C: PERANCIS, AUSTRALIA, PERU, DENMARK




KUMPULAN D: ARGENTINA, ICELAND, CROATIA, NIGERIA

KUMPULAN E: BRAZIL, SWITZERLAND, COSTA RICA, SERBIA

KUMPULAN F: JERMAN, MEXICO, SWEDEN, KOREA SELATAN

KUMPULAN G: BELGIUM, PANAMA, TUNISIA, ENGLAND

KUMPULAN H: POLAND, SENEGAL, COLUMBIA, JEPUN