VIDEO Kad merah bantu Barcelona tewaskan Villarreal

Image result for Villarreal 0-2 Barcelona

Luis Suarez menyifatkan kad merah yang dilayangkan kepada Dani Raba membuka ruang buat Barcelona untuk mencipta kemenangan 2-0 ke atas Villarreal, semalam.

Barca kembali mendahului saingan LaLiga dengan kelebihan lima mata selepas mencipta kemenangan di Estadio de la Ceramica, dengan Suarez dan Lionel Messi merupakan penjaring gol dalam perlawanan itu.



Bagaimanapun, skuad Ernesto Valverde itu dipaksa bekerja keras untuk melakar kemenangan, dengan Villarreal bertahan sepanjang perlawanan hingga Raba dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan ke arah Sergio Busquets.

Suarez mengakui Villarreal mempamerkan aksi ampuh tetapi Barca turut cemerlang dengan meraih kemenangan pada separuh masa kedua.

“Kami menyedari tekanan yang perlu kami hadapi. Villareal mempamerkan aksi cemerlang tetapi Barca berjaya pulang dengan meraih tiga mata penuh.




“Pada separuh masa pertama, kami bergelut mencipta peluang, dan kami memperbaiki permainan dan mencetak dua gol.

Kehadiran Paco Alcacer dalam perlawanan membantu mengubah keadaan perlawanan dan berjaya mengumpan gol buat Suarez 15 minit sebelum perlawanan berakhir.

“Alcacer hadir ke dalam perlawanan ini tepat pada masanya, ia membuktikan dia penting terhadap pasukan ini,” ujarnya. – stadiumastro