Liga Europa Pusingan 32: Arsenal Berdepan Kelab Kerdil

Image result for europa league 32 draw

NYON, Switzerland: Arsenal akan berdepan pasukan kerdil Sweden, Ostersund sementara Celtic diundi menentang Zenit St Petersburg bagi aksi kelompok 32 terakhir Liga Europa.

The Gunners perlu melepasi halangan kelab liga Sweden dibimbing pengendali dari England, Graham Potter yang menjulang Ostersund menjuarai Piala Sweden musim lalu.



Menariknya, Potter muncul satu-satunya pengurus berdarah Inggeris dalam pertandingan Eropah musim ini.

Malah, dia hanya memerlukan enam musim untuk memastikan Ostersund kini beraksi dalam liga utama Sweden berbanding divisyen keempat di awal ketibaannya.

Celtic pula bakal mengharungi cabaran getir apabila diundi bertemu juara Piala UEFA 2008, Zenit yang kini dikendali oleh Roberto Mancini.




Daripada lapan kelab yang meraih tempat ketiga kumpulan Liga Juara-Juara, Napoli mendapat undian yang paling sukar apabila berdepan wakil Jerman, RB Leipzig.

AC Milan harus berasa lega kerana dijadual bertemu pasukan dari Bulgaria, Ludogorets tatkala Lazio diundi menentang Steaua Bucharest. – AFP