Man United dan City diminta beri keterangan isu baling botol

Mourinho gives instructions to Lukaku during Sunday's 2-1 derby defeat by Manchester City
Mourinho dilaporkan terkena balingan botol manakala balingan botol Lukaku menyebabkan Arteta cedera ringan di kepala.

LONDON 12 Dis. – Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) meminta Manchester United dan Manchester City agar memberikan keterangan berhubung laporan yang mendakwa pengurus Red Devils, Jose Mourinho dibaling botol air dan susu oleh pemain City dalam aksi derby Liga Perdana Inggeris, awal pagi semalam.



Media tempatan melaporkan bahawa Mourinho terganggu dengan kegembiraan City apabila meraikannya secara tidak berhemah selepas memperoleh kemenangan 2-1 ke atas United di Old Trafford.

Seramai 20 orang terlibat dengan pergaduhan itu.

City goalkeeper Ederson confronted the Manchester United manager in the tunnel
Ederson mencabar Mourinho yang datang menegur kelakuan pemain dibilik persalinan City




Selain Mourinho, Mikel Arteta yang berada dalam sebahagian daripada pasukan kejurulatihan City juga dilaporkan mengalami luka berikutan insiden berkenaan.

“Pihak FA sudah menghubungi dua kelab tersebut bagi mendapatkan penjelasan berhubung laporan mengenai insiden selepas perlawanan semalam.

“Mereka diberi tempoh sehingga esok untuk memberikan jawapan,” kata kenyataan daripada FA, hari ini. – AFP