Piala Kelab Dunia: Gremio menanti Real Madrid di final

AL-AIN, UAE 13 Dis. – Kelab Brazil, Gremio menempah tempat ke final Piala Kelab Dunia selepas menang 1-0 ke atas kelab Mexico, Pachuca dalam aksi separuh akhir di sini awal pagi tadi.




Bagaimanapun juara Copa Libertadores itu terpaksa menunggu sehingga ke masa tambahan sebelum dapat menjinakkan Pachuca menerusi jaringan kemenangan Everton pada minit ke-95.

Gremio kini pastinya mengimpikan pertemuan dengan Real Madrid di final. Real bagaimapun perlu menewaskan kelab UAE, Al Jazira terlebih dulu dalam satu lagi aksi separuh akhir awal pagi esok jam 1 pagi. – AFP