VIDEO Tewaskan Bournemouth 4-0, Liverpool lakar sejarah baru EPL

Liverpool lakar sejarah dengan kemenangan ke atas Bournemouth

Liverpool melakar sejarah di atas kemenangan selesa 4-0 ke atas Bournemouth dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Vitality, semalam

Dengan menewaskan The Cherries, skuad bimbingan Jurgen Klopp itu menjadi pasukan pertama dalam EPL untuk memenangi empat perlawanan berturut-turut di tempat lawan dengan jurang tiga gol atau lebih.




Rentetan kemenangan ini bermula dengan menewaskan West Ham 4-1 sebelum Liverpool menundukkan Stoke City 3-0 serta membenam Brighton and Hove Albion 5-1 di Stadium Amex.

Mohamed Salah turut meledak gol kelimanya dalam empat perlawanan, dengan Philippe Coutinho, Dejan Lovren dan Roberto Firmino berjaya menemui sasaran ketika menewaskan skuad Eddie Howe itu.