Sam Allardyce berjaya kembalikan prestasi Everton

WAYNE Rooney meraikan jaringan ketiga Everton selepas menyudahkan

LIVERPOOL 19 Dis.- Sam Allardyce berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah Everton sepanjang lima perlawanan sejak mengambil alih jawatan itu daripada bekas pengendali pasukan itu, Ronald Koeman.

Kali ini, Swansea menjadi mangsa mereka seterusnya selepas berjaya menundukkan pasukan itu 3-1 dalam pertembungan di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.




Ketiga-tiga gol Everton masing-masing disumbangkan oleh Dominic Calvert-Lewin, Gylfi Sigurdsson dan Wayne Rooney manakala gol saguhati pelawat dijaringkan Leroy Fer.

Kemenangan itu juga melonjakkan kedudukan Everton ke tangga kesembilan liga manakala Swansea pula tewas dalam enam perlawanan di tempat lawan secara berturut-turut dan hanya menang sekali dalam 10 perlawanan terakhir. – AFP