VIDEO Barcelona malukan Real Madrid di Santiago Bernabeu

Messi lines up a free-kick but saw his effort blocked by Ronaldo in what was the final action of the opening period 

MADRID 23 Dis.- Harapan Real Madrid untuk mempertahankan gelaran La Liga semakin sukar apabila tewas 0-3 kepada Barcelona dalam pertembungan El Clasico sebentar tadi sekali gus melebarkan jurang 14 mata ke atas pesaingnya itu.

Penyerang Barca, Luis Suarez memanfaatkan ruang terbuka di bahagian tengah Madrid untuk menyempurnakan hantaran Sergi Roberto pada minit ke-54 untuk membuka tirai jaringan buat pasukan pelawat dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Santiago Bernabeu.



Barcelona players mob Messi as they took a huge step towards wrestling back the league title from with the El Clasico victory




Madrid were left dejected as the reigning champions fell 14 points behind with the chastening home loss to BarcelonaGiliran Lionel Messi meledak gol kedua menerusi sepakan penalti 10 minit kemudian selepas Dani Carvajal dibuang padang kerana menahan bola tandukan Paulinho dengan tangannya ketika Real sekali lagi mudah ditembusi menerusi serangan balas.

Pemain gantian The Catalan, Aleix Vidal melengkapkan kemenangan buat pendahulu La Liga itu dalam masa kecederaan untuk menambah derita Madrid.

Kemenangan itu menyaksikan Barca mengekalkan rekod tanpa kalah selepas mengharungi 17 perlawanan liga dan kini mempunyai kelebihan sembilan mata mengatasi pesaing terdekat Atletico Madrid.- REUTERS