Kane pintas Messi selaku penjaring terbanyak tahun 2017

Tottenham star Harry Kane gets ahead of Southampton captain Maya Yoshida before chipping over Fraser Forster

Penyerang skuad kebangsaan England, Harry Kane, muncul penjaring terbanyak tahun 2017 selepas meledak hatrik ketika membantu Tottenham menewaskan Southampton 5-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.



Selepas menyamai rekod Alan Shearer sebagai penjaring terbanyak bagi tahun kalendar yang sama dalam saingan EPL dengan 36 gol selepas menjaringkan hatrik ketika bertemu Burnley, dia sekali lagi mengulangi persembahannya dengan hatrik kelapannya untuk tahun ini, sekaligus memintas Lionel Messi selaku penjaring terbanyak di Eropah.





Kane was earlier left unmarked inside Southampton's penalty box to comfortably head home the opening goal for Tottenham

Dele Alli dan Son Heung-min melengkapkan kemenangan Spurs sementara pasukan pelawat berjaya mencetak dua gol sagu hati menerusi jaringan Sofiane Boufal dan Dusan Tadic.

Sementara itu, Shearer turut mengucapkan tahniah menerusi laman twitter di atas pencapaian Kane bagi tahun 2017.