Beto akur digugurkan kali ketiga

Image result for beto kim swee

Itu bermakna Ahmad Khairil atau lebih dikenali Beto tidak beraksi dalam kejohanan kompetitif tinggi buat kali ketiga berturut-turut selepas tidak disenaraikan oleh Kim Swee sewaktu pasukan B-23 negara menghadapi kelayakan Kejuaraan B-23 AFC pada Julai lalu dan Sukan SEA 2017, Ogos lalu.

Beto berkata, selepas gagal mendapatkan tempat dalam skuad tersebut pemain berusia 22 tahun itu turut memberi bayangan bahawa dia tidak akan menyertai pasukan B-23 negara pada tahun depan jika dipanggil.



“Sudah tentu perasaan saya ketika ini kecewa sebab memang nak sangat mewakili negara, bagaimanapun saya menerimanya dengan hati terbuka dan saya fikir mungkin sudah bukan rezeki.

“Mungkin ini kali terakhir saya mendapat panggilan skuad B-23 sebab saya fikir selain kejohanan ini, apa lagi kejohanan yang ada pada tahun depan. Saya digugurkan selepas jurulatih memberitahu saya tidak pulih sepenuhnya. Saya anggap tiada rezeki sahaja.




“Saya juga fikir mungkin saya tidak mencapai tahap yang diinginkan oleh jurulatih. Tidak mengapa kerana saya dapat menerima keputusan ini dan mungkin saya masih belum cukup bagus lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kim Swee menyenaraikan 26 pemain untuk menjalani latihan intensif di Mokpo, Korea Selatan sejak 17 Disember lalu dengan mengadakan tiga aksi persahabatan telah membuat keputusan untuk menggugurkan Beto, Raphi Azizan Mariappen (PJ Rangers) dan K Thivandaran (Pulau Pinang) sebelum menyenaraikan 23 pemain ke China.

Barisan 23 pemain akhir tersebut akan memulakan kempen kejohanan dengan menentang Iraq pada 10 Januari kemudian Jordan (13 Januari) dan Arab Saudi (16 Januari).