Nike Bocorkan Perpindahan Coutinho ke Barcelona

Barcelona dilihat bersiap untuk menerima ketibaan Phillipe Coutinho selepas Nike tampil mengesahkan perpindahan bintang Liverpool itu dalam laman webnya.



Peminat Liverpool cemas ketika pengeluar barangan sukan gergasi dan penaja pakaian Barcelona itu seakan-akan membocorkan status perpindahan besar itu melalui kedai atas taliannya.

Iklan jersi Barca 2017-18, dengan kapsyen dibaca: “Philippe Coutinho bersedia untuk membintangi Camp Nou. Dapatkan jersi FC Barcelona 2017-18 dengan namanya.”

Nike kemudian memadam halaman tersebut dan mencetuskan persoalan adakah ia satu kesilapan perhubungan awam atau disebabkan penggodam talian.

Omnisport menghubungi Nike dan Barcelona untuk mendapatkan komen lanjut.




Coutinho berada di sebalik saga perpindahan apabila Barca cuba memancing pemain antarabangsa Brazil itu dari Anfield.

Barca dilaporkan menawarkan £115 juta (RM631) untuk Coutinho tetapi ditolak Liverpool pada Ogos. Bagaimanapun, pendahulu La Liga itu dipercayai bersedia membuat tawaran lain pada Januari ini.

Coutinho — yang membuat permintaan perpindahan pada masa itu — bermain 89 minit dalam kemenangan 2-1 Liverpool ke atas Leicester City dalam Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Pemain berusia 25 tahun itu telah menjaringkan tujuh gol Liga Perdana musim ini sambil membuat enam bantuan gol.