VIDEO Man United Pasukan ‘Top Class’ – Mourinho

Referee Andre Marriner awards a yellow card to Rooney after he caught United forward Anthony Martial with a late challenge

JOSE Mourinho mengakui Manchester United adalah pasukan ‘top class’.



Pengurus United itu berkata demikian selepas berjaya merakam kemenangan 2-0 ke atas Everton pada aksi Liga Perdana awal pagi Selasa.

Dua gol memberi erti kemenangan di tempat lawan menerusi jaringan Anthony Martial dan Jesse Lingard.

Ternyata prestasi itu menggembirakan Mourinho yang sebelum ini menggelar pemain mereka seperti ‘kebudak-budakkan’ apabila mencatat tiga keputusan seri.




“Mereka (pemain) memang layak menang. Saya tetap mengulangi keputusan seri sebelum ini bukanlah prestasi buruk kerana ia berkaitan dengan situasi yang kami hadapi.

“Kami melakukan kesilapan, terutamanya menentang Leicester City dan Burnley, tetapi usaha pemain, sikap dan maruah mereka sangat luar biasa.

“Semua itu adalah kelas teratas (top class). Saya fikir kami bermain dengan baik. Mereka tidak kelihatan penat selepas mengharungi calendar perlawanan yang teruk.

“Okay, Everton ada menunjukkan reaksi tindak balas pada separuh masa kedua, tetapi kami sentiasa mengawalnya.

Anthony Martial let fly with a right-footed effort from outside the Everton penalty area in the second half

“Saya sangat menghargai kutipan mata perlawanan ini,” ujar Mourinho.

Keputusan ini menyaksikan United kembali merampas kedudukan kedua liga yang dihuni Chelsea.