Barca bayar RM770 juta untuk Coutinho

Barca sedia bayar RM770 juta untuk Coutinho

Barcelona telah mengesahkan tawaran telah diberikan kepada pemain Liverpool, Philippe Coutinho, pemain kebangsaan Brazil itu bakal berpindah dengan nilai yang dilaporkan berjumlah GBP142 juta (RM770 juta).



Coutinho, yang menyertai Liverpool dari Inter pada Januari 2013, menjadi sasaran utama Barca selepas gagal mencapai persetujuan pada jendela perpindahan yang lepas untuk berhijrah ke Nou Camp.

Pendahulu saingan LaLiga itu akan mendapatkan pemain tersebut dan dijangka menjadikan Coutinho sebagai pemain termahal dalam sejarah bola sepak Sepanyol. Ia juga akan menjadi jumlah yang paling besar diterima oleh kelab Inggeris.




Coutinho bersetuju dengan tawaran selama lima tahun setengah untuk menyertai jentera serangan yang dibarisi oleh Lionel Messi, Luis Suarez dan Ousmane Dembele.

Barca turut mendedahkan pemain terbaru mereka ini turut mempunyai klausa perpindahan yang bernilai EURO400 juta (RM1.9 bilion).

Penghijrahan Coutinho dari Anfield ini menyaksikan dia bakal mengikut jejak langkah Luis Suarez, ternyata akan memberikan impak kepada pengurus kelab, Jurgen Klopp.




Dalam 152 penampilan bersama The Reds, Coutinho telah menghasilkan 41 gol dan 35 bantuan jaringan, manakala telah meledak 12 gol dalam 20 penampilan musim ini.

Coutinho terlepas kemenangan aksi Piala FA ke atas Everton kerana mengalami kecederaan serta menduduki tangga keempat dalam saingan EPL.