Usah ulangi kesilapan mudah – Matthew Davies

Image result for Matthew Davies

Pertahanan negara, Matthew Davies, enggan berpuas hati dengan persembahan peribadinya ketika menentang Iraq dalam aksi sulung Kejohanan AFC B-23, sebaliknya mementingkan aksi keseluruhan pasukan menjelang pertemuan dengan Jordan, Sabtu ini.



Matthew adalah antara pemain negara yang tampil dengan aksi konsisten sepanjang 90 minit bertemu Iraq di Stadium Changshu, semalam.

Tampak tidak berdepan masalah besar beraksi dalam cuaca sejuk, dia kerap melakukan gerakan berbahaya ke kubu Iraq selain ampuh mengekang asakan lawan.




Meskipun beraksi baik, dia tetap kecewa susulan kekasalah besar 4-1 kepada Iraq.

“Ia satu persembahan yang buruk. Saya enggan terlalu negatif, ia satu proses pembelajaran kepada kami.

“Ia sudah pun berlaku, jadi kami harus menampilkan aksi lebih baik dalam dua perlawanan seterusnya,” ujar pemain kelahiran Australia itu.

Lantas, pertahanan Pahang berkenaan menggesa semua pemain agar bangkit memperbaiki segala kelemahan agar kesilapan sama tidak berulang dalam perlawanan berikutnya.




“Agak mengecewakan untuk dibolosi dengan cara begitu. Pada masa sama, kami melihatnya dari sudut positif. Kami cuba mengetengahkan strategi yang baik dengan permainan yang bermula dari belakang.

“Agak malang kerana kami cuba bermain dengan corak yang menarik. Begitupun, kami perlu mengatasi kesilapan mudah dalam dua aksi selepas ini,” katanya lagi.