VIDEO Barca Tewaskan Sociedad, Messi Atasi Rekod Milik Muller
Lionel Messi terus memahat nama dalam sejarah bola sepak apabila memecahkan rekod jaringan terbanyak dalam kempen liga untuk pasukan yang sama milik Gerd Muller.
Bintang Barcelona itu sebelum ini telah menyamai jumlah 365 gol milik Muller semasa melakukan penampilan ke-400 buat Barca ketika menentang Levante, namun akhirnya mencipta rekod baru apabila menjaringkan gol ketika menentang Real Sociedad, semalam.
Sepakan percuma kaki kiri Messi dari jarak 25 ela menyaksikannya mengutip 366 jaringan sejak menyertai gergasi Sepanyol itu pada tahun 2004.
Rekod Muller sebelum ini bertahan selama 39 tahun, selepas penyerang Jerman itu mencatat 365 gol hasil daripada 427 penampilandari tahun 1964 sehingga 1979.