FAM Arah Pahang Lunaskan Tunggakan Gaji Kiko Insa

Image result for Kiko Insa

KUALA LUMPUR – Pasukan Pahang diarahkan melunaskan hutang sebanyak AS$30,000 kepada bekas pemainnya, Francisco Insa Bohigues.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd. Joehari Ayub.



Menurut beliau, perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuarat khas kali pertama bagi penggal 2017-2021 hari ini.

“Tuntutan pemain telah diterima sebahagiannya. Kontrak pemain bersama persatuan bola Pahang telah ditamatkan secara sah oleh pemain.




“Pahang dikehendaki membayar tunggakan gaji berjumlah AS$30,000 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.




Mohd. Joehari berkata, pasukan bola sepak Pahang akan dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib FAM jika gagal berbuat demikian.

Bagiamanapun, kata beliau, keputusan rasmi Jawatankuasa Tatatertib FAM itu boleh dirayu oleh pasukan bola sepak Pahang. – MYNEWSHUB.CC