Arsenal Bertemu Man City Final Piala Liga Inggeris

Jack Wilshere and Alex Iwobi join the celebratory huddle as Arsenal players celebrate taking a step closer to Wembley

Arsene Wenger percaya Arsenal kini sudah boleh kembali menumpukan perhatian selepas perpindahan Alexis Sanchez ke Manchester United selesai.

Susulan daripada keputusan masa depan Sanchez itu, Wenger percaya faktor itu akan membantu pasukannya yang mengatasi Chelsea 2-1 dalam pertemuan separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL) awal pagi tadi, sekali gus menempah pertemuan akhir dengan City di Stadium Wembley, bulan depan.

Bercakap kepada Sky Sports selepas perlawanan, Wenger berkata: “Ketidakpastian telah berlalu.



“Kami kehilangan pemain yang hebat. Apabila pemain tidak pasti apa yang berlaku di sekeliling mereka, mereka akan kurang fokus ketika beraksi.

“Kini, kami sudah menyelesaikan urusan itu dan bolehlah kami mengalihkan tumpuan kepada perkara lain pula,” katanya.

Granit Xhaka menjaringkan gol kemenangan pada babak kedua selepas gol sendiri Antonio Rudiger mengimbangi jaringan pembukaan Eden Hazard.

Begitupun, Wenger tidak begitu tertarik dengan persembahan anak buahnya dalam babak pertama dengan menggelar mereka penakut.

“Kami terlalu menghormati mereka,” katanya. “Kami mungkin terlalu takut untuk melakukannya.

“Kami bergelut kerana kami tidak berada dalam kedudukan yang tepat ketika di atas padang pada babak pertama, kami membetulkannya dan menguasai permainan pada babak kedua.




“Pada separuh pertama, mereka memberi tekanan kepada kami, namun pada babak seterusnya, aksi kami semakin sengit. Bahagian tengah kami mula menguasai permainan,” tambahnya.

Jack Wilshere juga kritikal terhadap penampilan Arsenal sebelum rehat lalu mencadangkan mereka mengatasi kelemahan mereka itu.

“Ia pelik,” katanya. “Saya fikir mungkin kami mula mendapat rentak selepas 20, 25 minit pertama.

“Mereka mengancam kami melalui bahagian tengah tetapi kami kembali bersaing. Kami menunjukkan karakter dan merupakan pasukan yang lebih baik pada babak kedua.”




Sementara itu Pep Guardiola semakin hampir untuk meraih trofi pertamanya dalam kancah bola sepak England selepas membimbing Manchester City layak ke perlawanan akhir Piala Liga awal pagi ini.

Walaupun dipaksa bekerja keras oleh kelab Divisyen 2, Bristol City, gol oleh Leroy Sane, Sergio Aguero dan Kevin de Bruyne menyaksikan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu menang 3-1 dalam separuh akhir kedua di gelanggang lawan hari ini untuk mara dengan agregat 5-3.

“Kami begitu gembira untuk berada dalam perlawanan a­khir. Selepas bermain baik untuk mendahului 2-0, kami tiba-tiba seperti hilang arah hingga tamat perlawanan. Sudah tentu ini satu pengajaran buat kami menjelang perlawanan dengan Cardiff dalam Piala FA minggu depan selain Liga Juara-juara Eropah nanti,” tegasnya.

City akan bertemu Arsenal pada final pada 25 Februari nanti.