Tidak mustahil Ronaldo ke United – Mourinho

MANCHESTER 26 Jan. – Jose Mourinho tidak menolak kemungkinan bahawa Manchester United bakal memperoleh kembali khidmat Cristiano Ronaldo di Old Trafford pada musim ini.

Sumber dalaman memberitahu ESPN FC bahawa penyerang Real Madrid itu sudah membuka peluang buat kelab dalam kancah Liga Perdana Inggeris bagi mendapatkan khidmatnya selepas kecewa dengan perjanjian baharu di Bernabeu.




Bagaimanapun, Mourinho percaya pemain berusia 32 tahun itu akan terus kekal di bandar Sepanyol.

“Saya berpendapat buat masa ini Real Madrid mungkin sedang memikirkan tentang perkara ini dalam masa sama saya menjadi salah seorang yang mahu menyimbah minyak ke api,” kata Mourinho. – AGENSI