Pahang sasar juara Liga Super 2018

Pahang Tok Gajah

TEMERLOH – Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) meletakkan sasaran skuad Tok Gajah muncul juara dalam saingan Liga Super 2018 yang akan membuka tirai pada hujung minggu depan.



Timbalan Presiden PBNP, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, pencapaian tempat kedua yang diraih Pahang ketika saingan Liga Super musim lalu wajar dijadikan pendorong dalam kalangan pemain untuk meraih kejuaraan pada tahun ini.

“Tahun lepas, kita (Pahang) di tempat kedua dan kali ini, kita harus jadikan pencapaian itu untuk mendapatkan kedudukan juara pada tahun ini,” kata beliau.




Muhammad Safian berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Memperkenalkan Pemain dan Pelancaran Jersi Pahang Musim 2018 di Dewan Tun Abdul Razak di sini hari ini.

Selain itu, Muhammad Safian ketika sidang akhbar pula turut menyasarkan Pahang mampu meraih kejuaraan Piala Malaysia pada saingan musim ini.

“Pahang juga meletakkan sasaran untuk memenangi satu piala dan sebolehnya kita mahu memastikan pasukan ini berjaya menjulang Piala Malaysia,” tambah beliau. – K!