Daniel Sturridge ke West Brom secara pinjaman

Sturridge ke West Brom secara pinjaman

Penyerang Liverpool, Daniel Sturridge, telah menyertai West Brom secara pinjaman sepanjang baki musim ini.

Pemain antarabangsa England berusia 28 tahun itu berhempas-pulas untuk memulakan musim ini dengan baik, dengan Roberto Firmino membuktikan kemampuannya sebagai pilihan tetap di bahagian depan Liverpool di bawah jurulatih, Jurgen Klopp.



Sturridge memulakan tugas bersama pasukan kebangsaan England kendalian Gareth Southgate sebagai pilihan pertama, tetapi kekurangan masa bermain di peringkat kelab mendorongnya untuk mencari pasukan baru, dengan Piala Dunia di Russia menantinya di depan.

Skuad Baggies menang 3-2 di Anfield untuk menyingkirkan Liverpool daripada Piala FA kelmarin dan Sturridge sedia untuk baki perlawanan West Brom dalam kejohanan itu selepas tidak digunakan dalam pusingan ketiga atau keempat oleh kelab induknya.

Bekas pemain muda Manchester City itu juga pernah bermain untuk Chelsea, Bolton Wanderers dan mempunyai rekod mengagumkan dengan 74 gol Liga Perdana dalam 114 perlawanan awal dalam kerjanyanya yang turut diganggu dengan masalah kecergasan.




Skuad Alan Pardew berkunjung untuk menghadapi pemimpin liga, Manchester City, pada Khamis ini dan diundi bagi menjadi tuan rumah menentang Southampton dalam pusingan kelima Piala FA.

Sturridge yang dilahirkan di Birmingham kini menjadi pemain kedua West Brom, selepas ketibaan pemain Mesir Ali Gabr dari Zamalek , dan dia gembira berada di rantau asalnya.

“Ini dirasai yang sepatutnya,” kata Sturridge kepada laman web rasmi West Brom.

“Saya mempunyai kawan-kawan di sini yang pernah bermain bersama sebelum ini, pengurus bercakap dengan baik, cabaran dengan pasukan dan gaya permainan … Saya rasa ini adalah yang sesuai untuk saya.”




Pardew menambah: “Ini adalah kejayaan besar bagi kami. Saya bercakap bagi kakitangan dan pemain saya, terima kasih Daniel kerana bersetuju membantu kami dalam liga dan piala.

“Dia mempunyai bakat yang hebat dan akan menguatkan cita-cita kami dalam dua pertandingan.”

Walaupun mengambil empat mata daripada dua perlawanan terakhir mereka, West Brom menduduki tempat kedua terbawah dan tiga mata di bawah zon selamat.