Pemain import berpengalaman jadi pertaruhan The Bos Gaurus

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing

Perak Berazam Mahu Julang Liga Super Musim Ini, Ambil Inspirasi Kejayaan Leicester City

Tidak pernah merasai peritnya tersingkir ke liga bawahan sepanjang kewujudan mereka.



Akan tetapi, kejayaan menjulang piala sepertinya sudah lama tidak singgah ke Stadium Perak di Ipoh.

Musim ini, mereka mempunyai azam baharu – untuk menjuarai Liga Super.

Menurut Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Perak menjadikan inspirasi kejuaraan Leicester City sewaktu menjuarai Premier League pada 2016 sebagai pembakar semangat mereka.

Katanya, jika Leicester City mampu melakukannya kenapa tidak Perak?

“Sewaktu Leicester City menjuarai Premier League pada 2016, mereka bukanlah pasukan pilihan untuk menjuarinya.”

“Namun apa yang mereka lakukan adalah mereka terus mencipta kejutan untuk menjuarai liga tersebut.”

Zambry diiringi ketua pasukan Perak, Mohd. Nasir Basharuddin beramah mesra bersama penyokong pada pe




“Jika Perak menunjukkan disiplin, semangat juang, cita-cita dan juga semangat tak berputus asa dengan baik, pastinya kejuaraan liga bola di bawah pulang ke Perak.”

Pada musim 2015/2016, Leicester City mencipta kejutan dengan menjuarai Premier League selepas pada musim sebelumnya berjuang bermati-matian untuk kekal dalam liga tersebut.

Kejayaan itu nyata telah menjadi salah sebuah kejayaan yang paling mengejutkan dalam dunia bola sepak.

Perak nyata mahu menamatkan dominasi Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super pada musim ini.

Walaupun JDT tetap sebagai pasukan utama untuk menjadi juara, namun Perak yakin saingan sengit dapat diberikan pada musim ini selepas mereka membawa masuk pemain baharu.




Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yakin lima pemain import dalam skuad The Bos Gaurus termasuk tiga yang baru dibawa masuk bagi menghadapi Liga Malaysia 2018 mampu menjadi tunjang dalam meningkatkan prestasi pasukan ke tahap lebih membanggakan.

Selain Gilmar Jose da Silva dan Leandro Dos Santos yang dikekalkan daripada barisan sebelum ini, tiga pemain baharu berkenaan ialah Wander Luiz dari Brazil, Misagh Bahadoran (Filipina) serta Robert Cornthwaite (Australia).

Robert Cornwhaite, Brendan Gan dan juga bintang Filipina iaitu Misagh Bahadoran telah dibawa masuk oleh Mehmet Durakovic dalam usaha untuk memperbaiki kedudukan mereka musim lalu.