Salossa atau Andik Bakal Jadi Isi Kuota Import Asean Kedah

Image result for Solossa dan Andik

Teka-teki mengenai calon pemain import kelima pasukan Kedah bagi mengisi kuota pemain Asean bakal terjawab dalam masa terdekat.

Antara nama yang menjadi sebutan untuk menyarung jersi skuad Helang Merah itu ialah pemain berpengalaman skuad kebangsaan Indonesia iaitu Boaz Salossa yang beraksi di posisi serangan.



Menurut laporan daripada media Indonesia dan tempatan, setiausaha agung Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar mengesahkan khabar angin mengenai perpindahan pemain dari Indonesia itu.

Difahamkan Aminuddin sudah pun berbincang dengan Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengenai calon pemain import kelima dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Segala keputusan mengenai kuota import Asean yang masih menjadi teka-teki sejak beberapa minggu lalu akan terjawab tidak lama lagi,” jelas Datuk Aminuddin kepada Sinar Harian.




“Presiden KFA akan mengumumkan hasil keputusan pengambilan pemain import itu setelah melalui pertemuan eksekutif,” katanya.

Jika mereka berjaya menandatangani Boaz Salossa, beliau merupakan pemain dari Indonesia yang ke 4 beraksi dalam saingan Liga Super musim ini selain Achmad Jufriyanto (Kuala Lumpur) serta Evan Dimas dan Ilham Udin Armayn (Selangor).

Malah, melalui laman twitter rasmi milik Boaz Salossa, beliau memberi petanda akan berhijrah menyertai kelab lain apabila memuat naik video dengan ucapan terima kasih kepada pasukannya.