Chelsea-Arsenal Capai Persetujuan Perpindahan Giroud

Image result for giroud chelsea

CHELSEA bersetuju membayar Arsenal 18 juta pound (RM99.33 juta) bagi perpindahan Olivier Giroud.

Kedua-dua kelab mencapai persetujuan pada Selasa dan kini pemain antarabangsa Perancis itu ditukar ke Stamford Bridge.

Pada awal perbincangan, Arsenal menolak tawaran 15 juta pound bersama 5 juta pound tambahan.




Bagaimana pun Chelsea kembali meningkatkan tawarannya bersama yuran perpindahan sekitar 17.6 juta pound dan akhirnya keputusan dicapai.

Sebelum ini, Arsenal meminta 30 juta pound (RM166 juta) untuk pemain berusia 31 tahun itu.

Giroud bakal menerima bayaran gaji seperti di Arsenal sebanyak 90,000 pound seminggu dan dijangka akan mengikat kontrak 18 bulan bersama The Blues.

Arsenal menjual Giroud kerana mahu membeliĀ Pierre-Emerick Aubameyang dari Dormund.